Polis merampas lebih 841 kilogram dadah syabu bernilai lebih RM30 juta dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Anggerik, Bentong, Pahang pada 20 Ogos lalu.<br /><br />Turut ditahan, tiga lelaki warga emas berusia 61, 62 dan 63 tahun dipercayai satu sindiket pengedaran dadah untuk pasaran antarabanga serta tempatan.
